ALLAH


~ Selamat Mengunjungi Blog Antologi Puisi Tradisional Seuntai Kasih Secebis Harapan ~

29/10/11

Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Tradisional KBSM



Teks Puisi Melayu Tradisional yang terdapat di dalam Antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan ini terbahagi kepada empat bentuk teks iaitu :
  • pantun
  • syair
  • gurindam
  • seloka
Antara tajuk puisi-puisi Melayu Tradisional yang terdapat di dalam Antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan ini ialah :

• Pantun Empat Kerat (Nasihat)

• Pantun Empat Kerat (Budi)
• Pantun Empat Kerat (Cindai)

• Pantun Empat Kerat (Adat dan Etika)
• Pantun Empat Kerat (Dagang)
• Pantun Enam Kerat
• Pantun Lapan Kerat (Keagamaan)
• Pantun Lapan Kerat (Perpisahan)
• Pantun Berkait
• Syair Si Burung Nuri 1
• Syair Si Burung Nuri 2
• Syair Si Burung Nuri 3
• Syair Si Burung Nuri 4
• Syair Pentingnya Menjaga Hubungan 
Keluarga dan Perpisahan

• Gurindam 12 Fasal 9
• Gurindam 12 Fasal 11
• Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan
• Seloka Mat Jenin
• Seloka Sifat Pandir
• Seloka Pak Kaduk

25/10/11

Seuntai Kasih Secebis Harapan : Seloka Mat Jenin

Tajuk : Seloka Mat Jenin


Hasil kerja pelajar Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Shahir, Azimah, Mira dan Fida. Sebagai Bahan Bantuan Mengajar.


Panjat kelapa sampai ke atas,
Berhenti sebentar sambil berangan,
Aku ingin nak kaya lekas,
Dapat duit nak buat modal.

Jual kelapa nak beli ayam,
Jual ayam nak beli itik,
Kalau ada emas berkoyan,
Rupa hodoh pun jadi cantik.

Jual itik nak beli kambing,
Jual kambing nsk beli lembu,
Mat Jenin mula tersenyum sumbing,
Duit disimpan beribu-ribu.

Jual lembu nak beli bahtera,
Pergi berniaga keluar negeri,
Akhirnya Jenin dah kaya-raya,
Ingin berkahwin Tuan Puteri.

Jenin hanyut dalam angan-angan,
Dia lupa buat seketika,
Sambil mengangkat kedua tangan,
Menggenggam kuat tanda gembira.

Akibatnya ia hilang pertimbangan,
Lalu jatuh tersembam ke tanah,
Nafas berhenti, mulut berdarah,
Angannya tidak berguna lagi.

Inilah lagak orang dah kaya,
Selalu sangat lupakan diri,
Oleh itu hubaya-hubaya,
Seloka Mat Jenin sampai di sini.

Md. Ali Bachik. 
(Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003).

________________________________

Maksud

Rangkap 1 :
Mat Jenin berangan-angan di atas pokok kelapa jika ada duit ingin buat modal kerana ingin menjadi kaya dengan cepat.

Rangkap 2 :
Mat Jenin berangan-angan ingin menjual kelapa dan ayam untuk membeli itik bagi menjadi kaya raya.

Rangkap 3 :
Angan-angan Mat Jenin ingin menjual itik dan membeli kambing. Setelah itu menjual kambing untuk membeli lembu. Sambil tersenyum sumbing Mat Jenin berangan duitnya ada beribu-ribu.

Rangkap 4 :
Mat Jenin berangan-angan menjual lembu untuk membeli bahtera dan pergi berniaga di Luar Negeri. Tujuannya untuk menjadi kaya-raya serta ingin berkahwin dengan Anak Raja.

Rangkap 5 :
Angan-angan tersebut akhirnya menyebabkan Mat Jenin lupa diri seketika dengan mengangkat tangannya tanpa disedari dirinya berada di atas pokok.

Rangkap 6 :
Akibat terlalu kuat berangan-angan, Mat Jenin menggadai nyawanya sendiri kerana terjatuh dari atas pokok.

Rangkap 7 :
Inilah kesan kepada orang yang suka berangan-angan sehingga lupa diri dan tergadai nyawa sendiri.
________________________________

Tema

Angan-angan kosong ingin menjadi orang yang kaya raya dan akhirnya menggadai nyawa sendiri.

Contoh : Angan-angan Mat Jenin yang ingin menjadi kaya-raya akhirnya meragut nyawa sendiri kerana 
terjatuh dari atas pokok.
________________________________


Persoalan



BIL.


PERSOALAN


CONTOH



1.


Sikap Suka berangan-angan


Mat Jenin seorang yang suka memasang angan-angan yang kosong.



2.


Sikap tidak sedar akan kedudukan diri yang sebenar


Mat Jenin suka berangan-angan tanpa menyedari akan kedudukan dirinya yang sebenar hanya seorang yang miskin.



3.


Kesan angan-angan kosong


Perbuatan angan-angan kosong Mat Jenin yang ingin jadi kaya raya akhirnya memakan diri sendiri kerana dia meninggal dunia akibat jatuh dari atas pokok.



________________________________

Gaya Bahasa



BIL.


GAYA BAHASA


PENERANGAN



CONTOH


1.


Anafora


Pengulangan sesuatu kata atau 
frasa di awal baris yang biasanya berturutan agar memperoleh kesan tertentu.



Jual itik nak beli kambing
Jual kambing nak beli lembu


2.


Responsi


Pengulangan kata di tengah baris.


Jual kelapa nak beli ayam
Jual ayam nak beli itik



3.


Asonasi


Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam satu ayat.



Berhenti sebentar sambil berangan



4.


Sinkof


Penyingkatan kata.


Dapat duit nak buat modal.





________________________________


Bentuk

1. Mempunyai sembilan hingga 10 suku.

2. Mempunyai tiga hingga enam patah perkataan.

3. Mempunyai empat baris.

4. Mempunyai tujuh rangkap.

5. Rima akhir separuh terikat.
Contoh : 
Rangkap 1 - a,b,a,c. 
Rangkap 2 dan 3 - a,b,c,b.
Rangkap 4,5, dan 7 - a.b.a.b. 
Rangkap 8 - a,b,b,c.
________________________________


Nilai dan Pengajaran

1. Janganlah kita suka memasang angan-angan kosong yang tidak memberi apa-apa makna dalam hidup.
Contoh : Angan-angan kosong Mat Jenin tidak memberi apa-apa faedah kepada dirinya malah menyebabkan Mat Jenin mati sia-sia.

2. Kita harus sedar akan kedudukan diri kita yang sebenarnya.
Contoh : Mat Jenin suka memasang angan-angan kosong tanpa memikirkan dan menyedari hakikat dirinya yang sebenar hanyalah seorang yang miskin.

3. Janganlah kita suka berlagak ingin kaya-raya dengan cepat.
Contoh : Mat Jenin suka berlagak jadi kaya-raya dalam angan-angan kosongnya.

4. Kita mestilah rajin bekerja dan berusaha untuk menjadi kaya.
Contoh : Angan-angan Mat Jenin yang ingin menjadi kaya-raya tanpa berusaha dan bekerja menyebabkan angan-angannya sekadar menjadi angan-angan kosong.

Seuntai Kasih Secebis Harapan : Seloka Pak Kaduk

Tajuk : Seloka Pak Kaduk
Persembahan : Roslan Madun



Aduhai Malang Pak Kaduk,

Ayamnya Menang Kampung Tergadai,

Ada Nasi dicurahkan,

Awak Pulang Kebuluran;

Mudik Menongkah Surut,

Hilir Menongkah Pasang,

Ada Isteri Dibunuh,

Nyaris Mati Oleh Tak Makan,

Masa Belayar Kematian Angin,

Sauh dilabuh Bayu Berpuput,

Ada Rumah Bertandang Duduk,

Rumah Runtuh Awak Menumpang.


Harun Mat Piah (Penyelenggara).
Puisi Melayu Tradisional : Nasihat dan Pengajaran. 



Maksud Seloka Pak Kaduk




BIL.


MAKSUD



1.


Pak Kaduk bernasib malang kerana ayam sabungnya menang tetapi kampungnya tergadai kerana sebelum pertandingan dia bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam Raja.



2.


Pak Kaduk kelaparan kerana mencurah nasi yang ada. Dia membuat keputusan yang bodoh iaitu dengan mudik ketika air sedang surut dan menghilir ketika air sedang pasang. Dia hampir mati kerana tidak makan setelah membunuh isterinya (kerana sikap panas baran).



3.


Malang sekali lagi menimpa Pak Kaduk apabila sedang belayar kematian angin dan apabila hendak berlabuh, angin mula bertiup.



4.


Akhirnya dia merempat di tempat orang walaupun mempunyai rumah.


Tema

Bertemakan Kebodohan iaitu ketidakmampuan untuk berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu perbuatan atau bertindak melakukan sesuatu tanpa berfikir. Kebodohan yang mengakibatkan diri akan ditimpa nasib malang. 


Contoh : 
Kebodohan Pak Kaduk bertindak tanpa menggunakan akal fikiran secara waras menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa malang. 


Persoalan



BIL.


PERSOALAN


CONTOH



1.

Segelintir golongan pemimpin / atasan yang sanggup mengambil kesempatan terhadap rakyat yang lemah dan bodoh.

Tindakan Raja yang mengambil kesempatan ke atas kebodohan Pak Kaduk menyebabkan Pak Kaduk menglami kerugian.


2.

Kebodohan dalam bertindak tanpa menggunakan akal fikiran yang waras akan merugikan diri sendiri.

Pak Kaduk mengalami kerugian dalam hidupnya kerana tindakannya yang bertukar ayam dengan Raja dibuat tanpa berfikir panjang.

3.

Kesan buruk perbuatan suka berjudi

Sikap Pak Kaduk yang suka berjudi menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib yang malang.


4.

Manusia sanggup bertindak kejam kerana dipengaruhi perasaan marah

Perbuatan Pak Kaduk sanggup membunuh isteri kerana marahkan isterinya yang selalu menegur perbuatan bodohnya.


5.

Sikap Suka Membazir

Pak Kaduk membuang nasi menyebabkan beliau berada dalam kelaparan.



Bentuk
  • Mempunyai tujuh hingga sembilan suku kata dalam setiap baris.
  • Rima akhir a,b,c,c,d,e,f,c,c.
  • Mempunyai satu rangkap dan semua baris dalam raah maksud.
  • Mempunyai tiga hingga lima perkataan.
  • Berbentuk bebas.
Gaya Bahasa




BIL.


GAYA BAHASA


MAKSUD


CONTOH


1.


Metafora


Perbandingan dengan sesuatu yang berbentuk abstrak dan konkrit.


Masa Belayar

2.

Responsi

Pengulangan kata di tengah baris,

Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang.

3.

Aliterasi

Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam satu ayat.


Ayamnya menang kampungnya tergadai.


4.

Sinkof

Penyingkatan kata.

Nyaris mati oleh tak makan


5.

Paradoks

Penyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.


Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang

6.

Asonansi

Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam satu ayat.

Aduhai malang Pak Kaduk.


Nilai Dan Pengajaran





NILAI DAN PENGAJARAN



CONTOH


Kita hendaklah bersabar apabila menghadapi sesuatu masalah.

Pak Kaduk bersabar terhadap isterinya yang menegur perbuatan bodohnya.


Kita seharusnya berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang merugikan diri sendiri.


Pak Kaduk mesti berfikir dahulu sebelum bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam yang menyebabkan kampungnya tergadai.


Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan membazir

Pak Kaduk tidak wajar membuang nasi yang sepatutnya dijadikan makanan keluarganya.


Kita hendaklah menjauhkan diri daripada tabiat suka berjudi.

Pak Kaduk dalam keadaan miskin sepatutnya tidak berjudi dengan mempertaruhkan ayamnya dengan ayam Raja.