Antologi Puisi Tradisional Seuntai Kasih Secebis Harapan
Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan proses Pengajaran & pembelajaran Teks Kesusasteraan Melayu Tradisional KBSM tingkatan empat Sekolah Menengah di seluruh Malaysia
Teks Puisi Melayu Tradisional yang terdapat di dalam Antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan ini terbahagi kepada empat bentuk teks iaitu :
pantun
syair
gurindam
seloka
Antara tajuk puisi-puisi Melayu Tradisional yang terdapat di dalam Antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan ini ialah :
• Pantun Empat Kerat (Nasihat) • Pantun Empat Kerat (Budi) • Pantun Empat Kerat (Cindai) • Pantun Empat Kerat (Adat dan Etika) • Pantun Empat Kerat (Dagang) • Pantun Enam Kerat • Pantun Lapan Kerat (Keagamaan) • Pantun Lapan Kerat (Perpisahan) • Pantun Berkait • Syair Si Burung Nuri 1 • Syair Si Burung Nuri 2 • Syair Si Burung Nuri 3 • Syair Si Burung Nuri 4 • Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Perpisahan • Gurindam 12 Fasal 9 • Gurindam 12 Fasal 11 • Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan • Seloka Mat Jenin • Seloka Sifat Pandir • Seloka Pak Kaduk
Hasil kerja pelajar Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Shahir, Azimah, Mira dan Fida. Sebagai Bahan Bantuan Mengajar.
Panjat kelapa sampai ke atas,
Berhenti sebentar sambil berangan,
Aku ingin nak kaya lekas,
Dapat duit nak buat modal.
Jual kelapa nak beli ayam,
Jual ayam nak beli itik,
Kalau ada emas berkoyan,
Rupa hodoh pun jadi cantik.
Jual itik nak beli kambing,
Jual kambing nsk beli lembu,
Mat Jenin mula tersenyum sumbing,
Duit disimpan beribu-ribu.
Jual lembu nak beli bahtera,
Pergi berniaga keluar negeri,
Akhirnya Jenin dah kaya-raya,
Ingin berkahwin Tuan Puteri.
Jenin hanyut dalam angan-angan,
Dia lupa buat seketika,
Sambil mengangkat kedua tangan,
Menggenggam kuat tanda gembira.
Akibatnya ia hilang pertimbangan,
Lalu jatuh tersembam ke tanah,
Nafas berhenti, mulut berdarah,
Angannya tidak berguna lagi.
Inilah lagak orang dah kaya,
Selalu sangat lupakan diri,
Oleh itu hubaya-hubaya,
Seloka Mat Jenin sampai di sini.
Md. Ali Bachik.
(Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003).
________________________________
Maksud
Rangkap 1 :
Mat Jenin berangan-angan di atas pokok kelapa jika ada duit ingin buat modal kerana ingin menjadi kaya dengan cepat.
Rangkap 2 :
Mat Jenin berangan-angan ingin menjual kelapa dan ayam untuk membeli itik bagi menjadi kaya raya.
Rangkap 3 :
Angan-angan Mat Jenin ingin menjual itik dan membeli kambing. Setelah itu menjual kambing untuk membeli lembu. Sambil tersenyum sumbing Mat Jenin berangan duitnya ada beribu-ribu.
Rangkap 4 :
Mat Jenin berangan-angan menjual lembu untuk membeli bahtera dan pergi berniaga di Luar Negeri. Tujuannya untuk menjadi kaya-raya serta ingin berkahwin dengan Anak Raja.
Rangkap 5 :
Angan-angan tersebut akhirnya menyebabkan Mat Jenin lupa diri seketika dengan mengangkat tangannya tanpa disedari dirinya berada di atas pokok.
Rangkap 6 :
Akibat terlalu kuat berangan-angan, Mat Jenin menggadai nyawanya sendiri kerana terjatuh dari atas pokok.
Rangkap 7 :
Inilah kesan kepada orang yang suka berangan-angan sehingga lupa diri dan tergadai nyawa sendiri.
________________________________
Tema
Angan-angan kosong ingin menjadi orang yang kaya raya dan akhirnya menggadai nyawa sendiri.
Contoh : Angan-angan Mat Jenin yang ingin menjadi kaya-raya akhirnya meragut nyawa sendiri kerana
terjatuh dari atas pokok.
________________________________
Persoalan
BIL.
PERSOALAN
CONTOH
1.
Sikap Suka berangan-angan
Mat Jenin seorang yang suka memasang angan-angan yang kosong.
2.
Sikap tidak sedar akan kedudukan diri yang sebenar
Mat Jenin suka berangan-angan tanpa menyedari akan kedudukan dirinya
yang sebenar hanya seorang yang miskin.
3.
Kesan angan-angan kosong
Perbuatan angan-angan kosong Mat Jenin yang ingin jadi kaya raya
akhirnya memakan diri sendiri kerana dia meninggal dunia akibat jatuh dari
atas pokok.
________________________________
Gaya Bahasa
BIL.
GAYA BAHASA
PENERANGAN
CONTOH
1.
Anafora
Pengulangan sesuatu
kata atau frasa di awal baris yang biasanya berturutan agar memperoleh kesan
tertentu.
Jualitik nak beli kambing
Jualkambing nak beli lembu
2.
Responsi
Pengulangan kata di
tengah baris.
Jual kelapa nak beliayam
Jual ayam nak beliitik
3.
Asonasi
Pengulangan bunyi
vokal yang sama dalam satu ayat.
Berhenti
sebentar
sambil berangan
4.
Sinkof
Penyingkatan kata.
Dapat duit nak buat modal.
________________________________
Bentuk
1. Mempunyai sembilan hingga 10 suku.
2. Mempunyai tiga hingga enam patah perkataan.
3. Mempunyai empat baris.
4. Mempunyai tujuh rangkap.
5. Rima akhir separuh terikat.
Contoh :
Rangkap 1 - a,b,a,c.
Rangkap 2 dan 3 - a,b,c,b.
Rangkap 4,5, dan 7 - a.b.a.b.
Rangkap 8 - a,b,b,c.
________________________________
Nilai dan Pengajaran
1. Janganlah kita suka memasang angan-angan kosong yang tidak memberi apa-apa makna dalam hidup.
Contoh : Angan-angan kosong Mat Jenin tidak memberi apa-apa faedah kepada dirinya malah menyebabkan Mat Jenin mati sia-sia.
2. Kita harus sedar akan kedudukan diri kita yang sebenarnya.
Contoh : Mat Jenin suka memasang angan-angan kosong tanpa memikirkan dan menyedari hakikat dirinya yang sebenar hanyalah seorang yang miskin.
3. Janganlah kita suka berlagak ingin kaya-raya dengan cepat.
Contoh : Mat Jenin suka berlagak jadi kaya-raya dalam angan-angan kosongnya.
4. Kita mestilah rajin bekerja dan berusaha untuk menjadi kaya.
Contoh : Angan-angan Mat Jenin yang ingin menjadi kaya-raya tanpa berusaha dan bekerja menyebabkan angan-angannya sekadar menjadi angan-angan kosong.
Puisi Melayu Tradisional : Nasihat dan Pengajaran.
Maksud Seloka Pak Kaduk
BIL.
MAKSUD
1.
Pak Kaduk bernasib malang
kerana ayam sabungnya menang tetapi kampungnya tergadai kerana sebelum
pertandingan dia bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam Raja.
2.
Pak Kaduk kelaparan kerana mencurah nasi yang ada. Dia membuat
keputusan yang bodoh iaitu dengan mudik ketika air sedang surut dan menghilir
ketika air sedang pasang. Dia hampir mati kerana tidak makan setelah membunuh
isterinya (kerana sikap panas baran).
3.
Malang sekali lagi menimpa Pak Kaduk apabila sedang
belayar kematian angin dan apabila hendak berlabuh, angin mula bertiup.
4.
Akhirnya dia merempat di tempat orang walaupun mempunyai
rumah.
Tema
Bertemakan Kebodohaniaitu ketidakmampuan untuk berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu perbuatan atau bertindak melakukan sesuatu tanpa berfikir. Kebodohan yang mengakibatkan diri akan ditimpa nasib malang.
Contoh :
Kebodohan Pak Kaduk bertindak tanpa menggunakan akal fikiran secara waras menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa malang.
Persoalan
BIL.
PERSOALAN
CONTOH
1.
Segelintir golongan pemimpin /
atasan yang sanggup mengambil kesempatan terhadap rakyat yang lemah dan
bodoh.
Tindakan Raja yang mengambil
kesempatan ke atas kebodohan Pak Kaduk menyebabkan Pak Kaduk menglami
kerugian.
2.
Kebodohan dalam bertindak tanpa
menggunakan akal fikiran yang waras akan merugikan diri sendiri.
Pak Kaduk mengalami kerugian
dalam hidupnya kerana tindakannya yang bertukar ayam dengan Raja dibuat tanpa
berfikir panjang.
3.
Kesan buruk perbuatan suka
berjudi
Sikap Pak Kaduk yang suka
berjudi menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib yang malang.
4.
Manusia sanggup bertindak kejam
kerana dipengaruhi perasaan marah
Perbuatan Pak Kaduk sanggup
membunuh isteri kerana marahkan isterinya yang selalu menegur perbuatan
bodohnya.
5.
Sikap Suka Membazir
Pak Kaduk membuang nasi
menyebabkan beliau berada dalam kelaparan.
Bentuk
Mempunyai tujuh hingga sembilan suku kata dalam setiap baris.
Rima akhir a,b,c,c,d,e,f,c,c.
Mempunyai satu rangkap dan semua baris dalam raah maksud.
Mempunyai tiga hingga lima perkataan.
Berbentuk bebas.
Gaya Bahasa
BIL.
GAYA BAHASA
MAKSUD
CONTOH
1.
Metafora
Perbandingan dengan sesuatu yang berbentuk abstrak dan konkrit.
Masa Belayar
2.
Responsi
Pengulangan kata di tengah baris,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkahpasang.
3.
Aliterasi
Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam satu ayat.
Ayamnya menang kampungnya tergadai.
4.
Sinkof
Penyingkatan kata.
Nyaris mati oleh takmakan
5.
Paradoks
Penyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya mengandungi
kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.
Mudik menongkahsurut
Hilir menongkahpasang
6.
Asonansi
Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam satu ayat.
Aduhai malang Pak Kaduk.
Nilai Dan Pengajaran
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Kita hendaklah bersabar apabila menghadapi sesuatu masalah.
Pak Kaduk bersabar terhadap isterinya yang menegur perbuatan
bodohnya.
Kita seharusnya berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang
merugikan diri sendiri.
Pak Kaduk mesti berfikir dahulu sebelum bersetuju menukarkan ayamnya
dengan ayam yang menyebabkan kampungnya tergadai.
Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan membazir
Pak Kaduk tidak wajar membuang nasi yang sepatutnya dijadikan makanan
keluarganya.
Kita hendaklah menjauhkan diri daripada tabiat suka berjudi.
Pak Kaduk dalam keadaan miskin sepatutnya tidak berjudi dengan
mempertaruhkan ayamnya dengan ayam Raja.