Tajuk : Seloka Pak Kaduk
Persembahan : Roslan Madun
Aduhai Malang Pak Kaduk,
Ayamnya Menang Kampung Tergadai,
Ada Nasi dicurahkan,
Awak Pulang Kebuluran;
Mudik Menongkah Surut,
Hilir Menongkah Pasang,
Ada Isteri Dibunuh,
Nyaris Mati Oleh Tak Makan,
Masa Belayar Kematian Angin,
Sauh dilabuh Bayu Berpuput,
Ada Rumah Bertandang Duduk,
Rumah Runtuh Awak Menumpang.
Harun Mat Piah (Penyelenggara).
Puisi Melayu Tradisional : Nasihat dan Pengajaran.
Maksud Seloka Pak Kaduk
BIL. |
MAKSUD |
1. |
Pak Kaduk bernasib malang kerana ayam sabungnya menang tetapi kampungnya tergadai kerana sebelum pertandingan dia bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam Raja. |
2. |
Pak Kaduk kelaparan kerana mencurah nasi yang ada. Dia membuat keputusan yang bodoh iaitu dengan mudik ketika air sedang surut dan menghilir ketika air sedang pasang. Dia hampir mati kerana tidak makan setelah membunuh isterinya (kerana sikap panas baran). |
3. |
Malang sekali lagi menimpa Pak Kaduk apabila sedang belayar kematian angin dan apabila hendak berlabuh, angin mula bertiup. |
4. |
Akhirnya dia merempat di tempat orang walaupun mempunyai rumah. |
Tema
Bertemakan Kebodohan iaitu ketidakmampuan untuk berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu perbuatan atau bertindak melakukan sesuatu tanpa berfikir. Kebodohan yang mengakibatkan diri akan ditimpa nasib malang.
Contoh :
Kebodohan Pak Kaduk bertindak tanpa menggunakan akal fikiran secara waras menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa malang.
Persoalan
BIL. |
PERSOALAN |
CONTOH |
1.
|
Segelintir golongan pemimpin /
atasan yang sanggup mengambil kesempatan terhadap rakyat yang lemah dan
bodoh.
|
Tindakan Raja yang mengambil
kesempatan ke atas kebodohan Pak Kaduk menyebabkan Pak Kaduk menglami
kerugian.
|
2.
|
Kebodohan dalam bertindak tanpa
menggunakan akal fikiran yang waras akan merugikan diri sendiri.
|
Pak Kaduk mengalami kerugian
dalam hidupnya kerana tindakannya yang bertukar ayam dengan Raja dibuat tanpa
berfikir panjang.
|
3.
|
Kesan buruk perbuatan suka
berjudi
|
Sikap Pak Kaduk yang suka
berjudi menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib yang malang.
|
4.
|
Manusia sanggup bertindak kejam
kerana dipengaruhi perasaan marah
|
Perbuatan Pak Kaduk sanggup
membunuh isteri kerana marahkan isterinya yang selalu menegur perbuatan
bodohnya.
|
5.
|
Sikap Suka Membazir
|
Pak Kaduk membuang nasi
menyebabkan beliau berada dalam kelaparan.
|
Bentuk
- Mempunyai tujuh hingga sembilan suku kata dalam setiap baris.
- Rima akhir a,b,c,c,d,e,f,c,c.
- Mempunyai satu rangkap dan semua baris dalam raah maksud.
- Mempunyai tiga hingga lima perkataan.
- Berbentuk bebas.
BIL. |
GAYA BAHASA |
MAKSUD |
CONTOH |
1. |
Metafora |
Perbandingan dengan sesuatu yang berbentuk abstrak dan konkrit.
|
Masa Belayar
|
2.
|
Responsi
|
Pengulangan kata di tengah baris,
|
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang.
|
3.
|
Aliterasi
|
Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam satu ayat.
|
Ayamnya menang kampungnya tergadai. |
4.
|
Sinkof
|
Penyingkatan kata.
|
Nyaris mati oleh tak makan
|
5.
|
Paradoks
|
Penyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya mengandungi
kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.
|
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
|
6.
|
Asonansi
|
Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam satu ayat.
|
Aduhai malang Pak Kaduk.
|
NILAI DAN PENGAJARAN |
CONTOH |
Kita hendaklah bersabar apabila menghadapi sesuatu masalah.
|
Pak Kaduk bersabar terhadap isterinya yang menegur perbuatan
bodohnya.
|
Kita seharusnya berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang
merugikan diri sendiri.
|
Pak Kaduk mesti berfikir dahulu sebelum bersetuju menukarkan ayamnya
dengan ayam yang menyebabkan kampungnya tergadai.
|
Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan membazir
|
Pak Kaduk tidak wajar membuang nasi yang sepatutnya dijadikan makanan
keluarganya.
|
Kita hendaklah menjauhkan diri daripada tabiat suka berjudi.
|
Pak Kaduk dalam keadaan miskin sepatutnya tidak berjudi dengan
mempertaruhkan ayamnya dengan ayam Raja.
|